Monday 22 February 2016

9 TIPS UNTUK TAHAN LAMA KETIGA BERSAMA ISTERI TERSAYANG - MLTGA



1.) NIKMATI HUBUNGAN SEKS:
Hubungan seks seharusnya dilakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Nikmati hubungan tersebut dengan melakukan secara perlahan dan tidak terlalu gelojoh atau terlalu pantas. Hubungan seks yang terlalu pantas hanya akan menyebabkan klimaks yang terlalu awal.


2.) KAWAL PERNAFASAN:
Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami pancutan atau ejakulasi pramatang.


3.) TENANG:
Tidak perlu tergesa – gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa – gesa pasti akan datang inzal dengan cepat. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks.

4.) BERSENAM:
Lelaki yang bertubuh kurus atau mereka yang kurang mempunyai lemak badan lebih tahan lama ketika bersetubuh. Bagi yang bertubuh gempal, amalkan senaman dan kerap berjalan supaya badan akan menjadi lebih sihat. Seterusnya meningkatkan daya tahan ketika bersetubuh.





5.) REHAT 30 SAAT:
Ketika saat puncak, keluarkan zakar dari alat sulit pasangan selama 30 saat sambil menikmati tubuh badan isteri dan seterusnya mulakan kembali. Proses ini akan memanjangkan lagi daya tahan seks.


6.) KERAP TUKAR POSISI:
Kekal dengan hanya satu posisi akan membuatkan badan cepat terasa letih lantas menyebabkan lelaki cepat untuk menyelesaikan hubungan seks tersebut. Kerap tukar posisi supaya otot dapat berehat seketika dan kehendak klimaks akan turun dan hubungan seks akan kekal lebih lama.


7.) LUPAKAN MASALAH:
Bagi mendapatkan hubungan yang lebih seronok dan tahan lama, elakkan daripada memikir sebarang masalah ketika mengadakan hubungan seks. Ini kerana ia akan mengganggu konsentrasi ketika hubungan seks lantas menyebabkan pancutan awal.


8.) GUNAKAN KONDOM:
Penggunaan kondom bukan sahaja menjadikan seks lebih sihat malah dapat mengatasi pancutan awal. Kondom berkesan mengurangkan sensitiviti terhadap kepala zakar lantas menyebabkan hubungan seksual tahan lebih lama.



9.) FOKUS KEPUASAN BERSAMA:
Lelaki yang inginkan hubungan intim tahan lama seharusnya fokus terhadap kepuasan diri dan pasangan dengan cara lebih menikmati tubuh badannya. Elakkan dari hanya memikirkan kepuasan diri sahaja kerana ia akan memaksa diri untuk cepat klimaks...

PACK BARU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts