Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
sumber: sinarharian, http://amekaw.com
Thursday 23 January 2014
Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim Tidak Lama Lagi? Kutub Bumi Kian Menyongsang?
Labels:
Berita Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Bahan RAW E-JUICE (VG, PG, Flavour) Saya sedia membekal pelbagai Perisa ( Flavor ) Untuk buat e-liquid juice Kuala Lumpur C...
-
Saya sedia membekal Botol e-liquid 10ml 30ml 50ml Lokasi : area kuala lumpur Cod : area #petronas #tesco #ampang Untu...
-
Kronologi kes: 1) penipu berjumpa sham sahar untuk urusan jualan emas yg sudah dipajak di arahnu.penipu bawa sekali surat gad...
-
klik pada gambar untuk besarkan gambar. Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.... saya nak bagi tau ni... yang saya sedi...
-
Nurul ‘Ain sudah tidur. Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, mahu ke SJMC untuk review keputusan darah dan berjumpa doktor pakar kesayan...
-
Saya sedia membekal pelbagai Perisa ( Flavor ) Untuk buat e-liquid juice Kuala Lumpur, Batu Caves COD AREA :KUALA LUMPUR SAHAJA... ...
-
Kami Beli Emas Terpakai Dan Surat Pajak 016-2752000 Kami Sedia Membeli Emas Baru , Lama , Patah , Rosak Dengan Harga Tertinggi.!!...
-
1.) NIKMATI HUBUNGAN SEKS: Hubungan seks seharusnya dilakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Nikmati hubungan tersebut dengan m...
-
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Harap selepas baca, ...
No comments:
Post a Comment